Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan kadar ujian saringan COVID-19 di Malaysia mencukupi untuk menentukan kadar jangkitan harian COVID-19 di Malaysia.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ketika ini kadar tersebut berada di paras empat peratus daripada sasaran kurang lima peratus yang ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).